17 Anak lelaki Sem ialah Elam, Asyur, Arpakhsad, Lud, Aram, Us, Hul, Geter, dan Mesekh. Mereka ialah nenek moyang bangsa-bangsa yang disebut dengan nama mereka.
18 Arpakhsad ialah bapa Selah, dan Selah bapa Eber.
19 Eber mempunyai dua orang anak lelaki; anak yang pertama bernama Peleg kerana pada zamannya bangsa-bangsa di dunia terbahagi-bahagi, dan anak yang kedua bernama Yoktan.
20 Keturunan Yoktan ialah orang Almodad, Selef, Hazar-Mawet, Yerah,
21 Hadoram, Uzal, Dikla,
22 Ebal, Abimael, Syeba,
23 Ofir, Hawila, dan Yobab.