32 Abraham mempunyai seorang gundik bernama Ketura. Gundiknya itu melahirkan enam orang anak lelaki: Zimran, Yoksan, Medan, Midian, Isybak, dan Suah. Yoksan mempunyai dua orang anak lelaki, Syeba dan Dedan.
33 Midian mempunyai lima orang anak lelaki: Efa, Efer, Hanokh, Abida, dan Eldaa.
34 Ishak anak Abraham mempunyai dua orang anak lelaki, iaitu Esau dan Yakub (yang juga dikenal sebagai Israel).
35 Anak lelaki Esau ialah Elifas, Rehuel, Yeus, Yaelam, dan Korah.
36 Elifas ialah nenek moyang suku-suku berikut: Teman, Omar, Zefi, Gaetam, Kenas, Timna, dan Amalek.
37 Rehuel ialah nenek moyang suku-suku berikut: Nahat, Zerah, Syama, dan Miza.
38-42 Penduduk asli tanah Edom ialah keturunan anak-anak lelaki Seir: Lotan, Syobal, Zibeon, Ana, Disyon, Ezer, dan Disyan.Lotan ialah nenek moyang puak Hori dan Homam. Lotan mempunyai seorang saudara perempuan bernama Timna.Syobal ialah nenek moyang puak Alyan, Manahat, Ebal, Syefi, dan Onam.Zibeon mempunyai dua orang anak lelaki, Aya dan Ana. Ana ialah bapa Disyon, dan Disyon ialah nenek moyang puak Hamran, Esyban, Yitran, dan Keran.Ezer ialah nenek moyang puak Bilhan, Zaawan, dan Yaakan.Disyan ialah nenek moyang puak Us dan Aran.