8 Sehari selepas pertempuran itu, orang Filistin merompak mayat-mayat tentera Israel. Mereka menjumpai jenazah Raja Saul dan tiga orang puteranya di Gunung Gilboa.
9 Mereka menanggalkan baju zirah Raja Saul, dan memenggal kepalanya, lalu membawanya pergi. Kemudian mereka mengirim utusan ke seluruh negeri Filistin untuk menyampaikan khabar baik itu kepada bangsa dan dewa-dewa mereka.
10 Mereka menyimpan baju zirah Raja Saul di dalam salah sebuah kuil mereka, dan menggantungkan kepala Raja Saul di dalam kuil Dagon, dewa mereka.
11 Apabila penduduk Yabes di Gilead mendengar apa yang telah dilakukan orang Filistin terhadap Raja Saul,
12 beberapa orang antara mereka yang paling berani pergi mengambil jenazah Raja Saul dan putera-puteranya. Mereka membawa jenazah-jenazah itu ke Yabes, dan mengebumikan jenazah-jenazah itu di bawah pokok besar. Kemudian mereka berpuasa selama tujuh hari.
13 Raja Saul mangkat kerana baginda tidak setia kepada TUHAN, dan tidak mentaati perintah TUHAN. Raja Saul minta petunjuk daripada roh-roh orang mati,
14 dan tidak minta petunjuk daripada TUHAN. Oleh itu TUHAN menghukum mati Raja Saul dan menyerahkan kerajaan baginda kepada Daud anak Isai.