1 Tawarikh 12:1-15 BM

1 Ketika Daud melarikan diri daripada Raja Saul, Daud lari ke Ziklag. Semasa Daud di tempat itu, banyak askar yang setia dan berpengalaman datang bergabung dengan dia.

2 Mereka sama suku dengan Raja Saul, iaitu suku Benyamin. Askar-askar itu pandai memanah dan menghumban batu, baik dengan tangan kanan mahupun dengan tangan kiri.

3-7 Mereka dipimpin oleh Ahiezer dan Yoas, anak-anak Semaa dari Gibea.Inilah askar-askar itu:Yeziel dan Pelet, anak-anak AzmawetBerakha dan Yehu dari AnatotYismaya dari Gibeon, seorang askar terkenal yang menjadi salah seorang pemimpin “Kumpulan Tiga Puluh”Yeremia, Yehaziel, Yohanan, dan Yozabad dari GederaEluzai, Yerimot, Bealya, Semarya, dan Sefaca dari HarufElkana, Yisia, Azareel, Yoezer, dan Yasobam daripada puak KorahYoela dan Zebaja, anak-anak Yeroham dari Gedor.

8 Pada masa Daud berada di kubu di padang gurun, banyak askar terkenal dan berpengalaman daripada suku Gad datang bergabung dengan dia. Mereka mahir menggunakan perisai dan tombak; mereka kelihatan berani seperti singa dan gerak mereka tangkas seperti rusa.

9-13 Inilah nama-nama mereka menurut urutan pangkat: Ezer, Obaja, Eliab, Mismana, Yeremia, Atai, Eliel, Yohanan, Elzabad, Yeremia, dan Makhbanai.

14 Beberapa orang antara orang Gad itu adalah pegawai tinggi yang mengetuai pasukan seribu orang; beberapa orang lain adalah pegawai rendah yang mengetuai pasukan seratus orang.

15 Pada bulan pertama, ketika Sungai Yordan sedang banjir, askar-askar itu menyeberangi sungai lalu mengusir penduduk lembah, baik lembah di sebelah timur mahupun lembah di sebelah barat sungai itu.