1 Tawarikh 12:14-20 BM

14 Beberapa orang antara orang Gad itu adalah pegawai tinggi yang mengetuai pasukan seribu orang; beberapa orang lain adalah pegawai rendah yang mengetuai pasukan seratus orang.

15 Pada bulan pertama, ketika Sungai Yordan sedang banjir, askar-askar itu menyeberangi sungai lalu mengusir penduduk lembah, baik lembah di sebelah timur mahupun lembah di sebelah barat sungai itu.

16 Pada suatu masa, sekelompok orang daripada suku Benyamin dan suku Yehuda pergi ke kubu tempat Daud tinggal.

17 Daud menemui mereka dan berkata, “Jika kamu datang sebagai sahabat untuk menolong saya, sila bergabung dengan kami. Kami menyambut kamu dengan senang hati. Tetapi jika kamu hendak mengkhianati saya dan menyerahkan saya kepada musuh, walaupun saya tidak pernah berbuat jahat kepada kamu, Allah yang disembah nenek moyang kita akan mengetahuinya dan Dia akan menghukum kamu.”

18 Salah seorang daripada mereka, iaitu Amasai, yang kemudian menjadi pemimpin pasukan yang disebut “Kumpulan Tiga Puluh”, dikuasai oleh Roh Allah. Lalu Amasai berkata,“Daud anak Isai, kami pengikut tuan!Semoga tuan dan mereka yang menolong tuan berjaya!Allah memihak tuan!”Daud menyambut mereka dan melantik mereka menjadi pegawai tenteranya.

19 Beberapa orang askar daripada suku Manasye bergabung dengan Daud ketika Daud bersama-sama orang Filistin pergi berperang dengan Raja Saul. Sebenarnya, Daud tidak menolong orang Filistin, kerana raja-raja orang Filistin takut Daud akan mengkhianati mereka dan memihak kepada Raja Saul, tuannya dahulu.

20 Inilah askar-askar daripada suku Manasye yang bergabung dengan Daud ketika Daud dalam perjalanan pulang ke Ziklag: Adnah, Yozabad, Yediael, Mikhael, Yozabad, Elihu, dan Ziletai. Mereka masing-masing mengetuai pasukan seribu orang.