1 Tawarikh 12:22-40 BM

22 Hampir tiap-tiap hari ada orang baru yang bergabung dengan Daud, sehingga tidak lama kemudian pasukan Daud menjadi sangat besar.

23-37 Pada masa Daud berada di Hebron, banyak askar yang terlatih bergabung dengan dia. Mereka membantu dia menjadi raja bagi menggantikan Raja Saul, sebagaimana yang dijanjikan TUHAN. Jumlah mereka adalah seperti berikut:Daripada suku Yehuda: 6,800 orang, lengkap dengan perisai dan tombak.Daripada suku Simeon: 7,100 orang yang terlatih.Daripada suku Lewi: 4,600 orang.Para pengikut Yoyada, seorang keturunan Harun: 3,700 orang.Sanak saudara Zadok, seorang askar muda yang berani: 22 orang terkemuka.Daripada suku Benyamin (suku Raja Saul): 3,000 orang (kebanyakan orang daripada suku Benyamin tetap setia kepada Raja Saul).Daripada suku Efraim: 20,800 orang yang terkenal dalam puak mereka sendiri.Daripada suku Manasye Barat: 18,000 orang dipilih untuk menjadikan Daud raja.Daripada suku Isakhar: 200 orang pemimpin, bersama dengan anak buah mereka; para pemimpin ini pandai menentukan apa yang harus dilakukan oleh rakyat Israel pada masa yang tepat.Daripada suku Zebulon: 50,000 orang yang setia dan dapat dipercaya, serta mahir menggunakan segala jenis senjata, dan yang bersedia untuk bertempur.Daripada suku Naftali: 1,000 orang pemimpin bersama-sama 37,000 orang yang lengkap dengan perisai dan tombak.Daripada suku Dan: 28,600 orang yang terlatih.Daripada suku Asyer: 40,000 orang yang sedia untuk bertempur.Daripada suku-suku di sebelah timur Yordan, iaitu suku Ruben, Gad, dan Manasye Timur: 120,000 orang yang mahir menggunakan segala jenis senjata.

38 Semua askar itu, yang siap untuk berperang, pergi ke Hebron. Mereka bertekad untuk melantik Daud menjadi raja seluruh Israel. Semua orang Israel yang lain pun sehati untuk melakukan hal itu.

39 Mereka tinggal di sana bersama-sama Daud selama tiga hari. Mereka berpesta dan menikmati makanan dan minuman yang disediakan untuk mereka oleh orang Israel yang lain.

40 Daripada suku Isakhar, Zebulon, dan Naftali, yang jauh di utara pun ada orang datang membawa keldai, unta, baghal, dan lembu yang dimuati bahan makanan: tepung, buah ara, kismis, wain, dan minyak zaitun. Mereka juga membawa lembu dan domba untuk disembelih dan dimakan. Semua itu menyatakan kegembiraan rakyat di seluruh negeri.