3 Di Yerusalem, Raja Daud mengambil beberapa orang isteri lagi, lalu mendapat lebih banyak putera dan puteri.
4 Inilah putera-puteranya yang dilahirkan di Yerusalem: Syamua, Sobab, Natan, Salomo,
5 Yibhar, Elisua, Elpelet,
6 Nogah, Nefeg, Yafia,
7 Elisama, Beelyada, dan Elifelet.
8 Apabila orang Filistin mendengar bahawa Raja Daud telah menjadi raja seluruh Israel, mereka datang untuk menangkap baginda. Oleh itu Raja Daud pergi berperang melawan mereka.
9 Orang Filistin tiba di Lembah Refaim dan mula merompak.