35 Katakanlah kepada-Nya, “Ya Allah, Penyelamat kami,selamatkanlah kami daripada kekuasaan bangsa-bangsa.Kumpulkanlah kamisupaya kami dapat bersyukurdan memuji nama-Mu yang suci!”
36 Pujilah TUHAN, Allah Israel!Pujilah Dia sekarang dan selama-lamanya!Kemudian semua orang Israel berkata, “Amin”, dan mereka memuji TUHAN.
37 Raja Daud melantik Asaf dan sesamanya orang Lewi supaya mereka bertugas secara tetap dalam pengurusan hal-hal yang berkaitan dengan ibadat di tempat Tabut Perjanjian TUHAN diletakkan. Setiap hari mereka harus bertugas di situ,
38 dan dibantu oleh Obed-Edom anak Yedutun dan 68 orang lain daripada puaknya. Hosa dan Obed-Edom ialah pengawal pintu-pintu gerbang.
39 Imam Zadok dan imam-imam yang lain ditugaskan untuk mengurus ibadat kepada TUHAN di tempat beribadat di Gibeon.
40 Tiap-tiap pagi dan petang mereka harus mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN, di atas mazbah, menurut Taurat yang diberikan oleh TUHAN kepada orang Israel.
41 Imam Zadok dan imam-imam itu dibantu oleh Heman dan Yedutun serta beberapa orang lain yang dipilih khas untuk menyanyikan lagu pujian kepada TUHAN kerana kasih-Nya yang kekal abadi.