14 Yoab dan pasukannya maju berperang, sehingga tentera Siria lari.
15 Apabila tentera Amon nampak tentera Siria lari, mereka meninggalkan Abisai lalu masuk ke dalam kota. Kemudian Yoab pulang ke Yerusalem.
16 Orang Siria menyedari bahawa mereka telah dikalahkan oleh orang Israel. Oleh itu mereka memanggil tentera mereka yang berada di sebelah timur Sungai Efrat, lalu menyuruh mereka pergi berperang di bawah pimpinan Sobakh, panglima tentera Raja Hadadezer, pemerintah di Zoba.
17 Apabila Raja Daud mendengar hal itu, baginda mengumpulkan segenap pasukan Israel, lalu menyeberangi Sungai Yordan dan mengatur tentera baginda berhadapan dengan tentera Siria. Mereka mula bertempur.
18 Tentera Israel memukul mundur tentera Siria. Raja Daud dan tentera baginda membunuh 7,000 orang pemandu kereta kuda dan 40,000 orang daripada pasukan berjalan kaki. Mereka juga membunuh Sobakh, panglima tentera Siria.
19 Apabila raja-raja yang di bawah kuasa Raja Hadadezer menyedari bahawa mereka telah dikalahkan oleh tentera Israel, raja-raja itu berdamai dengan Raja Daud dan takluk kepada kuasa baginda. Sejak itu orang Siria tidak mahu lagi membantu orang Amon.