8 Apabila Raja Daud mendengar perkara itu, baginda menyuruh Yoab dengan segenap angkatan tentera supaya maju melawan musuh.
9 Orang Amon keluar dan mengatur tentera mereka di hadapan pintu gerbang Raba, ibu kota mereka; sedangkan raja-raja yang datang untuk membantu mereka, mengatur tentera mereka di padang.
10 Yoab menyedari bahawa dia terjepit oleh pasukan musuh di hadapan dan di belakang. Oleh itu dia memilih askar-askar Israel yang terbaik dan menempatkan mereka berhadapan dengan tentera Siria.
11 Yoab menyerahkan pasukan askar yang lain kepada adiknya, Abisai. Abisai menempatkan mereka di hadapan tentera Amon.
12 Yoab berkata kepada adiknya, “Jika aku tidak sanggup mengalahkan tentera Siria, cepatlah datang menolong aku. Sebaliknya, jika engkau tidak sanggup mengalahkan tentera Amon, aku akan datang menolong engkau.
13 Tabahkan hati! Marilah kita berjuang dengan berani untuk bangsa kita dan untuk kota-kota Allah kita. Semoga TUHAN melaksanakan apa yang dikehendaki-Nya.”
14 Yoab dan pasukannya maju berperang, sehingga tentera Siria lari.