1 Yakub mempunyai dua belas orang anak lelaki: Ruben, Simeon, Lewi, Yehuda, Isakhar, Zebulon,
2 Dan, Yusuf, Benyamin, Naftali, Gad, dan Asyer.
3-4 Yehuda mempunyai lima orang anak lelaki. Isterinya yang bernama Batsyua, seorang perempuan Kanaan, melahirkan Er, Onan, dan Sela; Tamar, anak menantu Yehuda sendiri, melahirkan Peres dan Zerah. Er, anak sulung Yehuda itu sangat jahat, sehingga TUHAN membunuh dia.
5 Peres mempunyai dua orang anak lelaki, Hezron dan Hamul.
6 Zerah, saudara Peres, mempunyai lima orang anak lelaki: Zimri, Etan, Heman, Kalkol, dan Dara.
7 Akhan anak Karmi, salah seorang keturunan Zerah, mendatangkan malapetaka kepada umat Israel kerana dia menyimpan barang jarahan yang dikhaskan untuk Allah.
8 Etan mempunyai seorang anak lelaki bernama Azarya.