14 Netaneel, Radai,
15 Ozem, dan Daud.
16 Isai juga mempunyai dua orang anak perempuan, Zeruya dan Abigail.Zeruya mempunyai tiga orang anak lelaki: Abisai, Yoab, dan Asael.
17 Abigail berkahwin dengan Yeter keturunan Ismael. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Amasa.
18 Kaleb anak Hezron berkahwin dengan Azuba, lalu mendapat seorang anak perempuan bernama Yeriot. Yeriot mempunyai tiga orang anak lelaki: Yezer, Sobab, dan Ardon.
19 Selepas Azuba meninggal, Kaleb berkahwin dengan Efrat, lalu mendapat seorang anak lelaki bernama Hur.
20 Anak lelaki Hur bernama Uri, dan cucunya bernama Bezaleel.