19 Selepas Azuba meninggal, Kaleb berkahwin dengan Efrat, lalu mendapat seorang anak lelaki bernama Hur.
20 Anak lelaki Hur bernama Uri, dan cucunya bernama Bezaleel.
21 Ketika Hezron berumur enam puluh tahun, dia berkahwin dengan saudara perempuan Gilead, iaitu anak Makhir. Mereka mendapat seorang anak lelaki bernama Segub,
22 dan Segub mendapat seorang anak lelaki bernama Yair. Yair mempunyai dua puluh tiga buah pekan di wilayah Gilead.
23 Tetapi kerajaan Gesur dan Aram mengalahkan enam puluh buah pekan di wilayah itu termasuk pekan-pekan Yair, dan Kenat, serta pekan-pekan kecil di sekitarnya. Semua orang yang tinggal di situ keturunan Makhir, iaitu bapa Gilead.
24 Selepas Hezron meninggal, Kaleb anaknya berkahwin dengan Efrat, balu bapanya. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Asyhur; dialah yang mendirikan kota Tekoa.
25 Yerahmeel, anak sulung Hezron, mempunyai lima orang anak lelaki: Ram yang sulung, lalu Buna, Oren, Ozem, dan Ahia.