24 Selepas Hezron meninggal, Kaleb anaknya berkahwin dengan Efrat, balu bapanya. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Asyhur; dialah yang mendirikan kota Tekoa.
25 Yerahmeel, anak sulung Hezron, mempunyai lima orang anak lelaki: Ram yang sulung, lalu Buna, Oren, Ozem, dan Ahia.
26-27 Ram mempunyai tiga orang anak lelaki: Maas, Yamin, dan Eker. Yerahmeel mempunyai seorang isteri lain bernama Atara. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Onam.
28 Onam mempunyai dua orang anak lelaki, Samai dan Yada. Samai mempunyai dua orang anak lelaki, Nadab dan Abisur.
29 Abisur berkahwin dengan seorang perempuan bernama Abihail, lalu mereka mendapat dua orang anak lelaki, Ahban dan Molid.
30 Nadab, saudara kandung Abisur, mempunyai dua orang anak lelaki, bernama Seled dan Apaim, tetapi Seled meninggal tanpa mempunyai anak lelaki.
31 Apaim bapa Yisei, Yisei bapa Sesan, dan Sesan bapa Ahlai.