28 Onam mempunyai dua orang anak lelaki, Samai dan Yada. Samai mempunyai dua orang anak lelaki, Nadab dan Abisur.
29 Abisur berkahwin dengan seorang perempuan bernama Abihail, lalu mereka mendapat dua orang anak lelaki, Ahban dan Molid.
30 Nadab, saudara kandung Abisur, mempunyai dua orang anak lelaki, bernama Seled dan Apaim, tetapi Seled meninggal tanpa mempunyai anak lelaki.
31 Apaim bapa Yisei, Yisei bapa Sesan, dan Sesan bapa Ahlai.
32 Yada, saudara kandung Samai, mempunyai dua orang anak lelaki, Yeter dan Yonatan, tetapi Yeter meninggal tanpa mempunyai anak lelaki.
33 Yonatan mempunyai dua orang anak lelaki, Pelet dan Zaza. Mereka semua keturunan Yerahmeel.
34 Sesan tidak mempunyai anak lelaki, hanya anak perempuan. Dia mempunyai seorang hamba bangsa Mesir bernama Yarha,