45 Samai bapa Maon, dan Maon bapa Bet-Zur.
46 Kaleb mempunyai seorang gundik bernama Efa. Mereka mempunyai tiga orang anak lelaki: Haran, Moza, dan Gazes. Haran juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Gazes.(
47 Seorang lelaki bernama Yohdai mempunyai enam orang anak lelaki: Regem, Yotam, Gesan, Pelet, Efa, dan Saaf.)
48 Kaleb mempunyai seorang gundik lain bernama Maakha. Mereka mempunyai dua orang anak lelaki, Seber dan Tirhana.
49 Kemudian Maakha melahirkan dua orang anak lelaki lagi bernama Saaf dan Sewa. Saaf ialah pembina kota Madmana, dan Sewa ialah pembina kota Makhbena dan Gibea.Kaleb juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Akhsa.
50 Yang berikut adalah keturunan Kaleb juga:Hur ialah anak lelaki sulung Kaleb dengan isterinya, Efrat. Syobal, anak lelaki Hur ialah pembina kota Kiryat-Yearim.
51 Salma, anak lelakinya yang kedua ialah pembina kota Betlehem; Haref, anak lelakinya yang ketiga ialah pembina kota Bet-Gader.