50 Yang berikut adalah keturunan Kaleb juga:Hur ialah anak lelaki sulung Kaleb dengan isterinya, Efrat. Syobal, anak lelaki Hur ialah pembina kota Kiryat-Yearim.
51 Salma, anak lelakinya yang kedua ialah pembina kota Betlehem; Haref, anak lelakinya yang ketiga ialah pembina kota Bet-Gader.
52 Syobal, pembina kota Kiryat-Yearim ialah nenek moyang orang Haroe, separuh daripada penduduk Menuhot,
53 dan puak-puak yang tinggal di Kiryat-Yearim, iaitu puak Yetri, Puti, Sumati, dan Misrai. (Penduduk kota Zora dan Esytaol adalah orang daripada puak-puak itu.)
54 Salma, pembina kota Betlehem ialah nenek moyang orang Netofa, orang Atarot-Bet-Yoab, dan orang Zori, iaitu salah satu daripada dua puak yang tinggal di Manahti.(
55 Puak-puak yang pakar dalam penulisan dan penyalinan surat-surat penting tinggal di kota Yabes. Puak-puak itu ialah Tirati, Simati, dan Sukati. Mereka adalah orang Keni yang berkahwin dengan orang Rekab.)