52 Syobal, pembina kota Kiryat-Yearim ialah nenek moyang orang Haroe, separuh daripada penduduk Menuhot,
53 dan puak-puak yang tinggal di Kiryat-Yearim, iaitu puak Yetri, Puti, Sumati, dan Misrai. (Penduduk kota Zora dan Esytaol adalah orang daripada puak-puak itu.)
54 Salma, pembina kota Betlehem ialah nenek moyang orang Netofa, orang Atarot-Bet-Yoab, dan orang Zori, iaitu salah satu daripada dua puak yang tinggal di Manahti.(
55 Puak-puak yang pakar dalam penulisan dan penyalinan surat-surat penting tinggal di kota Yabes. Puak-puak itu ialah Tirati, Simati, dan Sukati. Mereka adalah orang Keni yang berkahwin dengan orang Rekab.)