7 Akhan anak Karmi, salah seorang keturunan Zerah, mendatangkan malapetaka kepada umat Israel kerana dia menyimpan barang jarahan yang dikhaskan untuk Allah.
8 Etan mempunyai seorang anak lelaki bernama Azarya.
9 Hezron mempunyai tiga orang anak lelaki: Yerahmeel, Ram, dan Kaleb.
10 Salasilah daripada Ram hingga Isai adalah seperti berikut: Ram, Aminadab, Nahason (seorang tokoh daripada suku Yehuda),
11 Salmon, Boas,
12 Obed, Isai.
13 Isai mempunyai tujuh orang anak lelaki. Inilah nama mereka menurut urutan umur: Eliab, Abinadab, Simea,