25 Kemudian Raja Daud membayar 600 keping wang emas kepada Arauna untuk tempat itu.
26 Raja Daud membina sebuah mazbah bagi TUHAN di situ, lalu mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN dan korban untuk memohon berkat TUHAN. Kemudian baginda berdoa dan TUHAN mengabulkan doanya dengan menurunkan api dari langit untuk membakar korban-korban di atas mazbah itu.
27 TUHAN menyuruh malaikat menyarungkan pedangnya, maka malaikat itu taat.
28 Raja Daud melihat bahawa TUHAN telah mengabulkan doanya, maka baginda mempersembahkan korban di atas mazbah itu.
29 Pada masa itu Khemah TUHAN yang dibuat oleh Musa di padang gurun, dan mazbah tempat mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN, masih di tempat ibadat di Gibeon.
30 Tetapi Raja Daud tidak berani pergi ke sana untuk menyembah Allah, kerana baginda takut akan pedang malaikat TUHAN.