15 Musa mempunyai dua orang anak lelaki, Gersom dan Eliezer.
16 Orang yang menjadi pemimpin antara anak-anak Gersom ialah Sebuel.
17 Eliezer hanya mempunyai seorang anak lelaki, iaitu Rehabya, tetapi Rehabya mempunyai banyak sekali anak.
18 Yizhar, anak lelaki Kehat yang kedua, mempunyai seorang anak lelaki bernama Selomit, yang menjadi ketua puak.
19 Hebron, anak lelaki Kehat yang ketiga, mempunyai empat orang anak lelaki: Yeria, Amarya, Yahaziel, dan Yekameam.
20 Uziel, anak lelaki Kehat yang keempat, mempunyai dua orang anak lelaki, Mikha dan Yisia.
21 Merari mempunyai dua orang anak lelaki, Mahli dan Musi. Mahli juga mempunyai dua orang anak lelaki, Eleazar dan Kish,