29 Mereka juga bertanggungjawab terhadap hal-hal yang berikut: roti yang dipersembahkan kepada Allah, tepung terbaik yang digunakan untuk persembahan, kuih nipis yang dibuat tanpa ragi, persembahan yang dibakar, dan tepung yang dicampur dengan minyak zaitun. Mereka juga harus menimbang dan menakar persembahan yang dibawa ke Rumah TUHAN.
30 Selain itu mereka harus menyanyi untuk memuji TUHAN tiap-tiap pagi dan petang,
31 dan tiap-tiap kali apabila korban dibakar untuk TUHAN pada hari Sabat, pada perayaan Bulan Baru, dan pada perayaan-perayaan yang lain. Jumlah orang Lewi yang harus bertugas pada setiap kali, juga ada peraturannya. Orang Lewi harus menjalankan tugas itu selama-lamanya.
32 Mereka ditugaskan juga untuk memelihara Khemah TUHAN dan Rumah TUHAN, serta menolong saudara-saudara mereka, iaitu imam-imam keturunan Harun, dalam penyelenggaraan ibadat di tempat itu.