17 Inilah keturunan Raja Yoyakhin, raja yang ditawan oleh orang Babilonia. Yoyakhin mempunyai tujuh orang anak lelaki: Sealtiel,
18 Malkhiram, Pedaya, Syenazar, Yekamya, Hosama, dan Nedabya.
19 Pedaya mempunyai dua orang anak lelaki, Zerubabel dan Simei. Zerubabel mempunyai dua orang anak lelaki bernama Mesulam dan Hananya, dan seorang anak perempuan bernama Selomit.
20 Zerubabel mempunyai lima orang anak lelaki lain: Hasuba, Ohel, Berekhya, Hasaja, dan Yusab-Hesed.
21 Hananya mempunyai dua orang anak lelaki, Pelaca dan Yesaya. Yesaya bapa Refaya, Refaya bapa Arnan, Arnan bapa Obaja, dan Obaja bapa Sekanya.
22 Sekanya mempunyai seorang anak lelaki bernama Semaya. Semaya mempunyai lima orang anak lelaki: Hatus, Yigal, Bariah, Nearya, dan Safat.
23 Nearya mempunyai tiga orang anak lelaki: Elyoenai, Hizkia, dan Azrikam.