20 Zerubabel mempunyai lima orang anak lelaki lain: Hasuba, Ohel, Berekhya, Hasaja, dan Yusab-Hesed.
21 Hananya mempunyai dua orang anak lelaki, Pelaca dan Yesaya. Yesaya bapa Refaya, Refaya bapa Arnan, Arnan bapa Obaja, dan Obaja bapa Sekanya.
22 Sekanya mempunyai seorang anak lelaki bernama Semaya. Semaya mempunyai lima orang anak lelaki: Hatus, Yigal, Bariah, Nearya, dan Safat.
23 Nearya mempunyai tiga orang anak lelaki: Elyoenai, Hizkia, dan Azrikam.
24 Elyoenai mempunyai tujuh orang anak lelaki: Hodawya, Elyasib, Pelaya, Akub, Yohanan, Delaya, dan Anani.