1 Berikut adalah sebahagian daripada keturunan Yehuda: Peres, Hezron, Karmi, Hur, dan Syobal.
2 Syobal bapa Reaya, Reaya bapa Yahat. Yahat mempunyai dua orang anak lelaki, Ahumai dan Lahad. Mereka nenek moyang penduduk kota Zora.
3-4 Hur ialah anak lelaki sulung Kaleb dengan isterinya, Efrat. Keturunan Hur ialah pembina kota Betlehem. Etam, Penuel, dan Ezer ialah anak-anak lelaki Hur. Etam mempunyai tiga orang anak lelaki: Yizreel, Isma, dan Idbas, dan juga seorang anak perempuan bernama Hazelelponi. Penuel mendirikan kota Gedor, dan Ezer mendirikan kota Husa.
5 Asyhur, yang mendirikan kota Tekoa, mempunyai dua orang isteri, Hela dan Naara.
6 Asyhur dan Naara mempunyai empat orang anak lelaki: Ahuzam, Hefer, Temeni, dan Ahastari.