13 Kenas mempunyai dua orang anak lelaki bernama Otniel dan Seraya. Otniel juga mempunyai dua orang anak lelaki, Hatat dan Meonotai.
14 Meonotai ialah bapa Ofra.Seraya ialah bapa Yoab. Yoab ialah pembina Lembah Tukang, dan semua orang di situ adalah tukang yang mahir.
15 Kaleb anak Yefune mempunyai tiga orang anak lelaki: Iru, Ela, dan Naam. Ela ialah bapa Kenas.
16 Yehaleleel mempunyai empat orang anak lelaki: Zif, Zifa, Tireya, dan Asareel.
17-18 Ezra mempunyai empat orang anak lelaki: Yeter, Mered, Efer, dan Yalon. Mered berkahwin dengan Bica, puteri raja Mesir. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Miryam, dan dua orang anak lelaki bernama Samai dan Yisba. Yisba ialah pembina kota Estemoa. Mered juga berkahwin dengan seorang wanita daripada suku Yehuda; mereka mempunyai tiga orang anak lelaki: Yered, pembina kota Gedor; Heber, pembina kota Sokho; dan Yekutiel, pembina kota Zanoah.
19 Hodia berkahwin dengan saudara perempuan Naham. Keturunan mereka adalah nenek moyang puak Garmi dan Maakha. Puak Garmi tinggal di kota Kehila, dan puak Maakha tinggal di kota Estemoa.
20 Simon mempunyai empat orang anak lelaki: Amnon, Rina, Benhanan, dan Tilon.Yisei mempunyai dua orang anak lelaki: Zohet dan Ben-Zohet.