25 Anak lelaki Saul ialah Salum, cucunya ialah Mibsam, dan cicitnya ialah Misma.
26 Daripada Misma, jurai keturunan dilanjutkan oleh Hamuel, lalu Zakur, kemudian Simei.
27 Simei mempunyai enam belas orang anak lelaki dan enam orang anak perempuan, tetapi sanak saudara Simei tidak mempunyai banyak anak. Suku Simeon tidak menjadi banyak seperti suku Yehuda.
28 Sampai pada masa Raja Daud, keturunan Simeon tinggal di kota-kota berikut: Bersyeba, Molada, Hazar-Sual,
29 Bilha, Ezem, Tolad,
30 Betuel, Horma, Ziklag,
31 Bet-Markabot, Hazar-Susim, Bet-Biri, dan Saaraim.