5 Asyhur, yang mendirikan kota Tekoa, mempunyai dua orang isteri, Hela dan Naara.
6 Asyhur dan Naara mempunyai empat orang anak lelaki: Ahuzam, Hefer, Temeni, dan Ahastari.
7 Asyhur dan Hela mempunyai tiga orang anak lelaki: Zeret, Yezohar, dan Etnan.
8 Kos ialah bapa kepada Anub dan Hazobeba, dan nenek moyang kepada puak-puak keturunan Aharhel anak Harum.
9 Ada seorang lelaki bernama Yabes, yang paling dihormati dalam keluarganya. Dia diberi nama Yabes oleh ibunya kerana ibunya sangat kesakitan ketika melahirkan dia.
10 Tetapi Yabes berdoa kepada Allah orang Israel, katanya, “Ya Allah, berkatilah aku, dan berilah aku tanah yang luas. Sertailah aku dan jauhkanlah aku daripada kejahatan yang akan menyebabkan aku kesakitan.” Kemudian Allah mengabulkan permintaannya.
11 Kelub, saudara Suha, mempunyai anak lelaki bernama Mehir. Mehir ialah bapa Eston,