13 Orang lain dalam suku Gad termasuk dalam tujuh puak yang berikut: Mikhael, Mesulam, Syeba, Yorai, Yakan, Ziya, dan Eber.
14 Mereka keturunan Abihail anak Huri. Yang berikut adalah salasilah mereka yang disusur sampai ke pangkal: Abihail, Huri, Yaroah, Gilead, Mikhael, Yesisai, Yahdo, Bus.
15 Pemimpin puak-puak itu ialah Ahi anak Abdiel, cucu Guni.
16 Puak-puak itu tinggal di wilayah Basan dan Gilead, dan di kota-kota di wilayah itu, serta di seluruh padang rumput Saron.
17 Salasilah ini dikumpul pada zaman pemerintahan Raja Yotam di Yehuda, dan Raja Yerobeam II di Israel.
18 Suku Ruben, suku Gad, dan suku Manasye Timur mempunyai 44,760 orang askar yang terlatih dan handal menggunakan perisai, pedang, dan busur.
19 Mereka berperang dengan suku Yetur, Nafis, dan Nodab, iaitu suku-suku dalam bangsa Hagri.