54 Inilah kawasan penempatan yang diberikan kepada puak Kehat keturunan Harun. Mereka menerima bahagian pertama daripada tanah yang ditentukan untuk orang Lewi.
55 Tanah mereka meliputi kota Hebron di wilayah Yehuda, dan padang rumput di sekitarnya.
56 Tetapi ladang-ladang dan pekan-pekan di sekitar kota itu diberikan kepada Kaleb anak Yefune.
57-59 Keturunan Harun mendapat kota-kota berikut, bersama dengan padang rumput di sekitar kota: Hebron, iaitu kota perlindungan, Yatir, pekan-pekan Libna, Estemoa, Hilen, Debir, Asan, Bet-Semes.
60 Di wilayah suku Benyamin mereka mendapat kota-kota berikut bersama dengan padang rumput di sekitar kota: Geba, Alemet, dan Anatot. Jumlah semuanya sebanyak tiga belas buah kota untuk tempat tinggal keluarga-keluarga mereka.
61 Dengan membuang undi, sepuluh buah kota di wilayah suku Manasye Barat dibahagi-bahagikan kepada keluarga-keluarga lain dalam puak Kehat.
62 Keluarga-keluarga dalam puak Gerson diberikan tiga belas buah kota di wilayah suku Isakhar, Asyer, Naftali, dan Manasye Timur di Basan.