57-59 Keturunan Harun mendapat kota-kota berikut, bersama dengan padang rumput di sekitar kota: Hebron, iaitu kota perlindungan, Yatir, pekan-pekan Libna, Estemoa, Hilen, Debir, Asan, Bet-Semes.
60 Di wilayah suku Benyamin mereka mendapat kota-kota berikut bersama dengan padang rumput di sekitar kota: Geba, Alemet, dan Anatot. Jumlah semuanya sebanyak tiga belas buah kota untuk tempat tinggal keluarga-keluarga mereka.
61 Dengan membuang undi, sepuluh buah kota di wilayah suku Manasye Barat dibahagi-bahagikan kepada keluarga-keluarga lain dalam puak Kehat.
62 Keluarga-keluarga dalam puak Gerson diberikan tiga belas buah kota di wilayah suku Isakhar, Asyer, Naftali, dan Manasye Timur di Basan.
63 Dengan membuang undi juga, keluarga-keluarga dalam puak Merari mendapat dua belas buah kota di wilayah suku Ruben, Gad, dan Zebulon.
64 Begitulah caranya umat Israel memberikan kota-kota dengan padang rumput di sekitar kota, sebagai tempat tinggal orang Lewi.
65 Kota-kota di wilayah suku Yehuda, Simeon, dan Benyamin yang telah disebut itu, juga dibahagikan dengan membuang undi.