12 Supim dan Hupim adalah keturunan Ir.Husim ialah anak Dan.
13 Naftali mempunyai empat orang anak lelaki: Yahziel, Guni, Yezer, dan Salum. Mereka cucu Bilha.
14 Manasye dan gundiknya, seorang perempuan Aram, mempunyai dua orang anak lelaki: Asriel dan Makhir. Makhir ialah bapa Gilead.
15 Makhir mendapatkan isteri bagi Hupim dan Supim. Nama isteri Makhir ialah Maakha. Anak Makhir yang kedua ialah Zelafead. Zelafead tidak mempunyai anak lelaki, hanya anak perempuan.
16 Maakha, isteri Makhir melahirkan dua orang anak lelaki yang diberi nama Peres dan Seres. Peres mempunyai dua orang anak lelaki: Ulam dan Rekem.
17 Ulam mempunyai seorang anak lelaki bernama Bedan. Mereka semua keturunan Gilead anak Makhir, cucu Manasye.
18 Saudara perempuan Gilead yang bernama Molekhet mempunyai tiga orang anak lelaki: Isyhod, Abiezer, dan Mahla.