16 Maakha, isteri Makhir melahirkan dua orang anak lelaki yang diberi nama Peres dan Seres. Peres mempunyai dua orang anak lelaki: Ulam dan Rekem.
17 Ulam mempunyai seorang anak lelaki bernama Bedan. Mereka semua keturunan Gilead anak Makhir, cucu Manasye.
18 Saudara perempuan Gilead yang bernama Molekhet mempunyai tiga orang anak lelaki: Isyhod, Abiezer, dan Mahla.
19 Semida mempunyai empat orang anak lelaki: Ahyan, Sikhem, Likhi, dan Aniam.
20-21 Efraim mempunyai tiga orang anak: Sutelah, Ezer, dan Elad. Inilah jurai keturunan Efraim: Sutelah, Bered, Tahat, Elada, Tahat, Zabad, dan Sutelah. Ezer dan Elad dibunuh ketika hendak mencuri binatang ternakan penduduk asli Gat.
22 Bapa mereka berkabung berhari-hari lamanya dan saudara-saudaranya datang untuk menghibur dia.
23 Kemudian Efraim mengadakan hubungan jenis dengan isterinya lagi, lalu isterinya mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki. Efraim menamakan anak itu Beria kerana malapetaka yang telah dialami mereka.