26 Keturunan Yeroham ialah Samserai, Seharya, Atalya,
27 Yaaresya, Elia, dan Zikhri.
28 Itulah para ketua keluarga dan pemimpin yang tercatat dalam salasilah mereka. Mereka tinggal di Yerusalem.
29 Yeiel membina kota Gibeon lalu tinggal di situ. Isterinya bernama Maakha,
30 dan anak sulung mereka bernama Abdon. Mereka mempunyai anak lelaki lain: Zur, Kish, Baal, Ner, Nadab,
31 Gedor, Ahyo, Zakharia,
32 dan Miklot, iaitu bapa Simea. Keturunan mereka tinggal di Yerusalem bersama dengan keluarga lain daripada puak yang sama.