32 dan Miklot, iaitu bapa Simea. Keturunan mereka tinggal di Yerusalem bersama dengan keluarga lain daripada puak yang sama.
33 Bapa Raja Saul bernama Kish dan datuknya bernama Ner. Raja Saul mempunyai empat orang putera: Yonatan, Malkisua, Abinadab, dan Esybaal.
34 Yonatan mempunyai anak lelaki bernama Meribaal, iaitu bapa Mikha.
35 Mikha mempunyai empat orang anak lelaki: Piton, Melekh, Tarea, dan Ahas.
36 Anak Ahas bernama Yoada. Yoada mempunyai tiga orang anak lelaki: Alemet, Azmawet, dan Zimri. Inilah jurai keturunan Zimri:
37 Moza, Bina, Rafa, Elasa, dan Azel.
38 Azel mempunyai enam orang anak lelaki: Azrikam, Bokhru, Ismael, Searya, Obaja, dan Hanan.