34 Yonatan mempunyai anak lelaki bernama Meribaal, iaitu bapa Mikha.
35 Mikha mempunyai empat orang anak lelaki: Piton, Melekh, Tarea, dan Ahas.
36 Anak Ahas bernama Yoada. Yoada mempunyai tiga orang anak lelaki: Alemet, Azmawet, dan Zimri. Inilah jurai keturunan Zimri:
37 Moza, Bina, Rafa, Elasa, dan Azel.
38 Azel mempunyai enam orang anak lelaki: Azrikam, Bokhru, Ismael, Searya, Obaja, dan Hanan.
39 Esek, saudara lelaki Azel mempunyai tiga orang anak lelaki: Ulam yang sulung, lalu Yeus, dan Elifelet.
40 Anak-anak Ulam ialah askar perkasa dan pemanah mahir. Anak cucunya yang lelaki berjumlah 150 orang.Mereka semua anggota suku Benyamin.