13 Para imam yang menjadi ketua keluarga berjumlah 1,760 orang. Mereka mahir melakukan segala jenis pekerjaan di Rumah TUHAN.
14-16 Orang Lewi yang berikut tinggal di Yerusalem:Semaya anak Hasub; nenek moyangnya termasuk Azrikam dan Hasabya, daripada puak MerariBakbakar, Heres, dan GalalMatanya anak Mikha; nenek moyangnya termasuk Zikhri dan AsafObaja anak Semaya; nenek moyangnya termasuk Galal dan YedutunBerekhya anak Asa, cucu Elkana; dia tinggal di kawasan kota Netofa.
17 Para pengawal Rumah TUHAN yang tinggal di Yerusalem bersama dengan sanak saudara mereka ialah Salum, Akub, Talmon, dan Ahiman. Salum ialah ketua pengawal.
18 Sampai hari ini, orang daripada puak mereka ditugaskan untuk mengawal Pintu Gerbang Raja di sebelah timur. Sebelum itu mereka mengawal pintu-pintu gerbang yang menuju ke perkhemahan orang Lewi.
19 Salum anak Kore, cucu Ebyasaf, bersama-sama beberapa orang lain daripada puak Korah, iaitu puaknya, ditugaskan untuk mengawal pintu masuk ke Khemah TUHAN. Dahulu nenek moyang mereka pun melakukan tugas itu ketika mereka bekerja di perkhemahan TUHAN.
20 Pinehas anak lelaki Eleazar pernah mengetuai mereka. Semoga TUHAN menyertai dia!
21 Zakharia anak Meselemya juga pengawal pintu ke Khemah TUHAN.