27 Mereka tinggal dekat Rumah TUHAN, kerana mereka harus mengawal Rumah TUHAN dan membuka pintu-pintunya tiap-tiap pagi.
28 Orang Lewi yang lain bertanggungjawab mengurus perkakas yang dipakai untuk ibadat. Mereka menghitung perkakas itu apabila dikeluarkan dan disimpan semula.
29 Orang Lewi yang lain pula bertanggungjawab mengurus perabot-perabot ibadat dan juga tepung, air anggur, minyak zaitun, kemenyan serta rempah-rempah.
30 Tetapi yang bertanggungjawab untuk mencampurkan rempah-rempah itu ialah para imam.
31 Orang yang bertanggungjawab membuat kuih tipis ialah seorang Lewi bernama Matica, anak sulung Salum daripada puak Korah.
32 Orang daripada puak Kehat bertanggungjawab untuk menyediakan roti sajian pada setiap hari Sabat.
33 Beberapa keluarga daripada orang Lewi bertugas sebagai penyanyi di Rumah TUHAN. Ketua-ketua keluarga mereka tinggal di beberapa buah bangunan di Rumah TUHAN. Mereka tidak diberikan tugas lain kerana mereka bertugas pada siang dan malam hari.