1 Selepas Abimelekh meninggal, Tola anak Pua, menjadi pemimpin untuk membebaskan Israel. Tola ialah cucu Dodo daripada suku Isakhar. Tola tinggal di Samir, di perbukitan Efraim.
2 Dia memimpin umat Israel selama dua puluh tiga tahun. Kemudian dia meninggal dan dikebumikan di Samir.
3 Selepas Tola, bangsa Israel dipimpin oleh Yair. Dia memimpin Israel selama dua puluh dua tahun. Yair berasal dari Gilead.
4 Tola mempunyai tiga puluh orang anak lelaki yang menunggang tiga puluh ekor keldai. Anak-anaknya itu mempunyai tiga puluh buah pekan di wilayah Gilead. Pekan-pekan itu masih disebut pekan-pekan Yair hingga sekarang.
5 Kemudian Yair meninggal dan dikebumikan di Kamon.
6 Sekali lagi umat Israel berdosa terhadap TUHAN. Mereka menyembah Baal dan Asytoret serta dewa-dewa bangsa Siria, Sidon, Moab, Amon, dan Filistin. Mereka meninggalkan TUHAN dan tidak lagi menyembah Dia.