13 Tetapi meskipun begitu, kamu masih juga meninggalkan Aku dan menyembah dewa-dewa. Sekarang Aku tidak mahu menyelamatkan kamu lagi.
14 Pergilah minta tolong kepada dewa-dewa yang telah kamu pilih itu. Biarlah dewa-dewa itu menyelamatkan kamu apabila kamu dalam kesusahan.”
15 Tetapi umat Israel berkata kepada TUHAN, “Kami telah berdosa. Lakukanlah apa saja kepada kami, asal Engkau menolong kami hari ini.”
16 Kemudian mereka membuang semua patung berhala, lalu menyembah TUHAN. Maka Dia pun terharu melihat kesusahan yang dialami oleh umat Israel.
17 Pada masa itu tentera Amon sedang bersedia untuk berperang dan sedang berkhemah di Gilead. Umat Israel berkumpul lalu berkhemah di Mizpa, di Gilead.
18 Di sana rakyat dan para pemimpin suku Israel berkata kepada satu sama lain, “Orang yang berani memimpin tentera untuk melawan orang Amon akan menjadi pemerintah semua penduduk Gilead.”