1 Pada suatu hari Simson pergi ke Timna, lalu di sana dia nampak seorang gadis Filistin.
2 Simson pulang ke rumah lalu memberitahu ibu bapanya. Katanya, “Saya tertarik kepada seorang gadis Filistin. Pinanglah dia untuk saya. Saya hendak mengahwininya.”
3 Tetapi ibu bapa Simson berkata kepadanya, “Mengapa engkau harus memilih isteri di kalangan orang Filistin, sedangkan mereka tidak tergolong umat Allah? Tidak dapatkah engkau mencari seorang gadis daripada puak kita sendiri, atau di kalangan seluruh bangsa kita?”Simson menjawab bapanya, “Gadis Filistin itulah yang saya suka. Saya mahu ayah meminang dia untuk saya.”
4 Ibu bapa Simson tidak tahu bahawa TUHAN yang menyebabkan Simson melakukan hal itu, kerana TUHAN sedang mencari peluang untuk memerangi orang Filistin. Pada waktu itu orang Filistin menguasai umat Israel.