13 Tetapi jika kamu tidak dapat menekanya, setiap orang harus memberi aku kain linen halus dan sepasang pakaian yang baik.”Pemuda-pemuda itu berkata, “Sebutkanlah teka-tekimu itu. Biarlah kami mendengarnya.”
14 Kemudian Simson berkata,“Daripada yang memakan, terdapat makanan;Daripada yang kuat, terdapat manisan.”Selepas tiga hari, mereka masih belum dapat meneka teka-teki itu.
15 Pada hari keempat, mereka berkata kepada isteri Simson, “Pujuklah suamimu supaya dia memberitahu kamu makna teka-teki itu. Jika tidak, kami akan membakar kamu dan rumah bapamu. Rupanya kamu berdua menjemput kami dengan maksud merompak kami!”
16 Oleh itu isteri Simson menangis dan berkata kepada Simson, “Abang tidak mencintai saya. Abang memberikan teka-teki kepada sahabat-sahabat saya, tetapi abang tidak memberitahu saya maknanya. Abang membenci saya.”Simson berkata, “Dengar dulu! Ibu bapaku sekalipun belum kuberitahu maknanya. Mengapakah aku harus memberitahunya kepadamu?”
17 Isteri Simson menangis terus-menerus selama tujuh hari perjamuan itu. Pada hari ketujuh, Simson memberitahu makna teka-teki itu kepadanya kerana isterinya terus merengek-rengek. Selepas itu isterinya memberitahu maknanya kepada orang Filistin.
18 Oleh sebab itu, pada hari ketujuh itu juga, sebelum Simson masuk ke dalam bilik tidurnya, para pemuda kota itu berkata kepadanya,“Apakah yang lebih manis daripada madu?Apakah yang lebih kuat daripada singa?”Simson menjawab, “Jika kamu tidak memperalat isteriku, tentu kamu belum dapat jawapannya.”
19 Tiba-tiba Simson menjadi kuat oleh kuasa TUHAN, lalu dia pergi ke Askelon dan membunuh tiga puluh orang lelaki di sana. Dia mengambil pakaian baik yang dipakai mereka lalu memberikannya kepada tiga puluh orang yang telah menjawab teka-tekinya itu. Selepas itu, dia pulang ke rumah dengan hati yang kesal dan marah.