17 Isteri Simson menangis terus-menerus selama tujuh hari perjamuan itu. Pada hari ketujuh, Simson memberitahu makna teka-teki itu kepadanya kerana isterinya terus merengek-rengek. Selepas itu isterinya memberitahu maknanya kepada orang Filistin.
18 Oleh sebab itu, pada hari ketujuh itu juga, sebelum Simson masuk ke dalam bilik tidurnya, para pemuda kota itu berkata kepadanya,“Apakah yang lebih manis daripada madu?Apakah yang lebih kuat daripada singa?”Simson menjawab, “Jika kamu tidak memperalat isteriku, tentu kamu belum dapat jawapannya.”
19 Tiba-tiba Simson menjadi kuat oleh kuasa TUHAN, lalu dia pergi ke Askelon dan membunuh tiga puluh orang lelaki di sana. Dia mengambil pakaian baik yang dipakai mereka lalu memberikannya kepada tiga puluh orang yang telah menjawab teka-tekinya itu. Selepas itu, dia pulang ke rumah dengan hati yang kesal dan marah.
20 Kemudian isteri Simson diberikan kepada orang yang menjadi pengiring Simson pada waktu perkahwinan.