7 Kemudian Simson menemui gadis itu dan bercakap-cakap dengannya. Simson suka kepadanya.
8 Selepas beberapa waktu, Simson kembali ke tempat itu untuk mengahwini gadis itu. Di tengah jalan, Simson menyimpang hendak melihat singa yang telah dibunuhnya itu. Ketika sampai di situ dia melihat sekawanan lebah dan juga madu di dalam bangkai singa itu.
9 Dia mengambil madu itu dengan tangannya, lalu berjalan terus sambil memakan madu itu. Dia memberikan sedikit madu kepada ibu bapanya, lalu mereka pun memakannya. Tetapi Simson tidak memberitahu mereka bahawa dia telah mengambil madu itu dari dalam bangkai seekor singa.
10 Bapa Simson pergi ke rumah gadis itu, lalu Simson mengadakan jamuan di sana menurut adat pemuda pada masa itu.
11 Ketika orang Filistin nampak Simson, mereka menyuruh tiga puluh orang pemuda menemani dia.
12 Simson berkata kepada pemuda-pemuda itu, “Dengarlah teka-teki ini. Jika kamu dapat menekanya dengan tepat sebelum habis masa tujuh hari perjamuan perkahwinan ini, aku akan memberi setiap orang sehelai kain linen halus dan sepasang pakaian yang baik.
13 Tetapi jika kamu tidak dapat menekanya, setiap orang harus memberi aku kain linen halus dan sepasang pakaian yang baik.”Pemuda-pemuda itu berkata, “Sebutkanlah teka-tekimu itu. Biarlah kami mendengarnya.”