15 Kemudian Simson menjumpai sebuah tulang rahang keldai yang baru mati. Dia mengambil tulang itu lalu menggunakannya untuk membunuh seribu orang.
16 Maka bernyanyilah Simson,“Dengan tulang rahang keldai, aku membunuh seribu orang;dengan tulang rahang keldai, aku menimbunkan mayat mereka menjadi suatu timbunan.”
17 Kemudian dia membuang tulang rahang itu. Itulah sebabnya tempat itu dinamakan Ramat-Lehi.
18 Selepas itu Simson berasa sangat dahaga, lalu dia berseru kepada TUHAN, “Engkau telah memberi aku kemenangan yang besar ini. Tetapi sekarang, haruskah aku mati kerana dahaga, sehingga ditangkap oleh orang Filistin yang tidak mengenal Engkau?”
19 Kemudian Allah membuka satu lubang di Lehi, lalu air keluar dari situ. Simson minum, lalu menjadi segar semula. Oleh itu, mata air itu dinamakan Mata Air Hakor. Mata air itu masih ada di Lehi.
20 Simson memimpin umat Israel selama dua puluh tahun semasa orang Filistin menguasai negeri itu.