20 Orang tua itu berkata, “Silalah datang ke rumah saya! Saya akan memenuhi segala keperluan saudara-saudara. Janganlah bermalam di lapangan kota.”
21 Kemudian dia membawa mereka ke rumahnya dan memberi keldai-keldai mereka makanan. Setelah tetamunya mencuci kaki, mereka makan dan minum.
22 Sedang mereka bersuka-suka, tiba-tiba beberapa orang yang sumbang laku dari kota itu mengepung rumah itu, lalu mula memukul-mukul pintu. Mereka berkata kepada orang tua itu, “Serahkanlah lelaki yang di rumahmu itu. Kami hendak memburit dengan dia!”
23 Orang tua itu keluar dan berkata kepada mereka, “Tolonglah, saudara-saudara. Janganlah lakukan perbuatan jahat itu! Orang ini tetamu saya.
24 Nanti saya akan memberikan gundiknya dan anak dara saya sendiri. Ambillah mereka. Puaskanlah diri kamu dengan mereka. Tetapi janganlah lakukan perbuatan jahat itu terhadap tetamu saya!”
25 Tetapi kerana mereka tetap mendesak, orang Lewi itu menolak gundiknya keluar untuk mereka. Kemudian mereka memperkosa perempuan itu dengan tidak henti-henti sehingga pagi.
26 Pada waktu subuh perempuan itu kembali, tetapi di depan pintu rumah orang tua itu, tempat suaminya menginap, dia jatuh. Dia masih di situ apabila matahari terbit.