3 Oleh itu, sekarang dengarlah! Aku tidak akan mengusir penduduk negeri ini ketika kamu menyerang mereka. Mereka akan menjadi musuh kamu, dan kamu akan terperangkap sehingga kamu turut menyembah dewa-dewa mereka.”
4 Setelah malaikat itu berfirman demikian, semua orang Israel menangis dengan kuat.
5 Itulah sebabnya tempat itu dinamakan Bokhim. Di situ mereka mempersembahkan korban kepada TUHAN.
6 Selepas Yosua menyuruh umat Israel pergi, mereka pun berangkat ke tanah bahagian mereka masing-masing untuk mendudukinya.
7 Selama Yosua hidup, umat Israel mengabdi kepada TUHAN. Setelah Yosua meninggal, umat Israel tetap mengabdi kepada TUHAN selama mereka dipimpin oleh para pemimpin Israel yang telah menyaksikan perbuatan besar TUHAN untuk umat Israel.
8 Yosua anak Nun, hamba TUHAN itu meninggal ketika berumur seratus sepuluh tahun.
9 Dia dikebumikan di tanah miliknya sendiri, di Timnat-Serah, di perbukitan Efraim, di sebelah utara Gunung Gaas.