1 Segenap umat Israel dari Dan di sebelah utara, sampai ke Bersyeba di sebelah selatan, dan juga dari Gilead di sebelah timur, menyahut panggilan itu. Mereka berkumpul sebagai satu umat di hadapan TUHAN di Mizpa.
2 Semuanya 400,000 orang askar bersenjata yang menjadi pasukan berjalan kaki. Para pemimpin daripada setiap suku Israel turut hadir di perhimpunan umat Allah itu.
3 Sementara itu orang suku Benyamin mendengar bahawa segenap umat Israel yang lain telah berkumpul di Mizpa.Umat Israel berkata, “Ceritakanlah bagaimana jenayah itu terjadi.”
4 Orang Lewi yang gundiknya terbunuh itu menjawab, “Saya dengan gundik saya singgah dan bermalam di Gibea, di wilayah Benyamin.
5 Tiba-tiba penduduk Gibea datang mencari saya pada waktu malam. Mereka mengepung rumah itu kerana hendak membunuh saya. Tetapi kemudian mereka memperkosa gundik saya sehingga dia meninggal.
6 Saya mengambil mayatnya dan memotong-motongnya, lalu mengirimnya kepada dua belas suku Israel, masing-masing satu potong. Saya melakukan hal itu kerana orang Gibea telah melakukan perbuatan jahat dan memalukan di tengah-tengah umat Israel.