2 Semuanya 400,000 orang askar bersenjata yang menjadi pasukan berjalan kaki. Para pemimpin daripada setiap suku Israel turut hadir di perhimpunan umat Allah itu.
3 Sementara itu orang suku Benyamin mendengar bahawa segenap umat Israel yang lain telah berkumpul di Mizpa.Umat Israel berkata, “Ceritakanlah bagaimana jenayah itu terjadi.”
4 Orang Lewi yang gundiknya terbunuh itu menjawab, “Saya dengan gundik saya singgah dan bermalam di Gibea, di wilayah Benyamin.
5 Tiba-tiba penduduk Gibea datang mencari saya pada waktu malam. Mereka mengepung rumah itu kerana hendak membunuh saya. Tetapi kemudian mereka memperkosa gundik saya sehingga dia meninggal.
6 Saya mengambil mayatnya dan memotong-motongnya, lalu mengirimnya kepada dua belas suku Israel, masing-masing satu potong. Saya melakukan hal itu kerana orang Gibea telah melakukan perbuatan jahat dan memalukan di tengah-tengah umat Israel.
7 Semua yang hadir di sini orang Israel. Sekarang, katakanlah apa yang harus kita lakukan.”
8 Semua orang yang berkumpul di situ berdiri, lalu dengan serentak mereka berkata, “Tidak seorang pun daripada kita akan pulang ke khemah atau ke rumah.