39 induk tentera harus berbalik dan menyerang musuh. Pada saat itu tentera Benyamin telah membunuh 30 orang askar Israel. Mereka berfikir, “Kami telah mengalahkan mereka seperti yang sudah-sudah.”
40 Tetapi tiba-tiba asap yang tebal mengepul naik dari tengah-tengah kota itu. Orang Benyamin terperanjat apabila mereka menoleh ke belakang dan nampak seluruh kota mereka terbakar.
41 Ketika itu juga tentera Israel balik menyerang mereka, lalu keadaan tentera Benyamin menjadi kacau-bilau. Mereka sedar bahawa mereka akan kalah.
42 Mereka mengundurkan diri daripada tentera Israel lalu lari ke arah padang gurun tetapi mereka tidak dapat menyelamatkan diri. Mereka dikepung oleh induk tentera Israel dan pasukan askar yang pada saat itu sedang keluar dari kota. Orang Benyamin menderita kekalahan yang amat teruk.
43 Tentera Israel mengepung dan mengejar tentera Benyamin terus-menerus sampai ke suatu tempat di sebelah timur Gibea. Sambil mengejar, mereka membunuh
44 18,000 orang askar Benyamin yang gagah perkasa.
45 Tentera Benyamin yang lain balik lalu lari ke arah padang gurun, ke gunung-gunung batu di Rimon. Sebanyak 5,000 orang daripada mereka dibunuh di tengah jalan. Tentera Israel masih mengejar askar-askar Benyamin sampai ke Gidom dan 2,000 orang daripada mereka terbunuh.